Terima kasih YB Ahmad Maslan & YB Azah sudi berkunjung dan merasmikan RebanPokleh!
Alhamdulillah syukur Reban Pokleh pada hari ini selamat dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Maslan, Ahli Parlimen Pontian dan Yang Berhormat Hasrunizah Hassan, Ahli DUN Pulai Sebatang.
Pokleh berbesar hati menerima kunjungan YB Tokmat dan YB Azah serta sudi merasmikan RebanPokleh.
Pokleh berterima kasih kepada semua yang sudi hadir dan juga semua yang terlibat dalam menjayakan perasmian Reban Pokleh. Semoga maju jaya kepada semua!