Harga promosi sempena pembukaan RebanPokleh!

Semua diturunkan kepada RM3!

Pokleh nak beritahu semua buat masa ini Pokleh nak turunkan harga tiket menjadi RM3 sahaja. Tak tahu sampai bila mungkin sampai cuti sekolah bulan Februari 2023. Bukan apa, bila fikir-fikir balik, walaupun kos penjagaan dan pembinaan petting zoo ini telah banyak dikeluarkan, Pokleh merasakan tidak patut untuk Pokleh mendapatkan pulangan dengan cepat, nanti tak ada yang datang pula sebab tak berbaloi. 

Lagipun, masih banyak yang diperlu dibangunkan untuk menarik lebih banyak pengunjung seperti taman permainan kanak-kanak dan beberapa lagi fasiliti yang lain. Jadi buat masa ini lebih baik Pokleh letak harga RM3 untuk semua supaya lebih ramai yang berkunjung dengan harga yang berbaloi ini.

Jadi tolong beritahu dan kongsikan kepada semua kenalan yang lain ya, tiket RebanPokleh dah jadi RM3! 

Jumpa korang di RebanPokleh!

Share this post:
Facebook
Twitter
Telegram
WhatsApp