Pokleh masuk surat khabar Utusan tapi kolum belakang je. Huhu!
Gambar atas yang Pokleh masuk muka hadapan Utusan tu Pokleh main-main je tau. Yang sebenarnya memang ada wartawan datang untuk nak masukkan cerita Pokleh dalam surat khabar tapi kolum di bahagian Negara pada muka surat 16 bertarikh 9 Januari 2023. Dibawah adalah potongan sebenar berita dari Pokleh:
Berikut adalah teks daripada keratan akhbar Utusan tersebut:
PONTIAN – Seorang kontraktor pemasangan sistem televisyen litar tertutup (CCTV) beralih kepada industri agro-pelancongan selepas perniagaannya terjejas teruk ekoran pandemik Covid-19.
Menurut Solehin Ramlan, 35, dia terpaksa bertukar kerja selepas perniagaannya semakin suram daripada memperoleh pendapatan bulanan RM100,000 sajak 10 tahun lalu kepada RM30,000 ketika pandemik.
Katanya, sebagai persediaan, dla memulakan perniagaan dalam industri pelancongan dan penternakan dengan
mengusahakan zoo mini dikenali sebagai Petting Zoo Reban Pokleh di Kampung Dalam, Ayer Baloi di sini.
“semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dua tahun lepas, saya ada banyak masa lapang dan ia diisi dengan membeli baka induk ayam dari China, Belanda, Jerman, Turki dan sebagainya untuk dibiakkan.
“Lama-kelamaan, jumlah aynm yang dibiak semakin bertambah.
“Jadi timbul idea untuk wujudkan zoo mini berkonsepkan kampung dan saya bina tempat khas untuk haiwan lni sebagai daya tarikan pengunjung,” katanya ketika ditemui di sini semalam.
Solehin berkata, selaln 30 jenis baka ayam, Petting Zoo Reban Pokleh turut membela arnab, kambing dan burung bagi membolehkan pengunjung mengenali dan mengetahui jenis binatang dari seluruh dunia, terutamanya kanakkanak sebagai proses pembelajaran mengenai kehidupan haiwan.
Ujarnya, zoo mini tersebut dibuka setiap hari dari pukul 9.30 pagi hingga 5 petang dan tiket setiap pengunjung hanya dikenakan caj sebanyak RM3.
Pokleh sempat beli surat khabar Utusan semalam, bolehlah Pokleh bingkaikan sebagai kenang-kenangan.




